Hampir semua rakyat yang ada sikap membaca surat khabar mesti melalui nama "Altantunya" ini. Saya tidak tahu secara mendalam tentang karenah orang membuat "brutal murder". Sebagai rakyat biasa, saya ada dua kemusykilan..
1.) Kenapa pembunuhan ini berlaku?
2.) C4 adalah bahan letupan yang digunakan oleh pihak berkuasa and pengganas sahaja. Macam mana caranya dua polis UTK ini dapat C4?
Ketiga-tiga orang disabitkan salah di mahkamah adalah bukan orang sebarangan. Dua polis adalah body guard TPM yang sedang bertugas..bukan retired..
Source of the news:
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=1819
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sepatutnya mengarahkan siasatan penuh dan dipercayai bagi membersihkan implikasi terhadap mana-mana pemimpin kerajaan dalam pembunuhan warga Mongolia Altantunya Sharribuu.
Spekulasi dan laporan sedang berlegar mengenai terdapat penglibatan pimpinan tertinggi kerajaan dalam kes pembunuhan Altantunya. Abdullah perlu hentikan perkara tersebut dengan mengadakan siasatan menyeluruh dan bebas agar segala spekulasi dapat dihentikan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelmarin bahawa daripada pengalamannya, Unit Tugas Khas (UTK) dipertanggungjawabkan menjaga TPM dan mereka bekerja dibawah arahannya.
Melihat kepada tugas yang khusus tersebut, dan dakwaan ke atas dua pegawai UTK berhubung kes pembunuhan di atas, Najib tidak boleh terus berdiam diri – lebih-lebih lagi yang dituduh ialah penasihat peribadinya Razak Baginda.
Banyak persoalan telah dibangkitkan berkaitan pembunuhan Altantunya. Pertama, peranannya dalam pembelian kapal selam bernilai RM4.1 bilion dan kedua, bayaran komisyen sebanyak US$100 juta, perlu disiasat. Siasatan perlulah dilakukan oleh badan yang bebas dan asing daripada perbicaraan jenayah bunuh di atas.
Rakyat Malaysia mahu tahu apakah komen Najib mengenai penglibatan pegawai-pegawai UTK dan penasihat peribadinya Razak Baginda dalam pembunuhan Altantunya melibatkan letupan C4.